Sunday, November 4, 2012

Keliru

Adakah aku atau hati aku tak dapat nak memilih yang mana intan atau permata...
Fikiran ini buntu untuk memikirkan hakikat sebenar perasaan ini..
Mengapa aku harus rasa cmni?Apa yang harus aku buat untuk membahagi hati dan sayang ini..
Aku keliru dengan perasaan sayang dan kasihan..
Antara perasaan sayang dan perasaan sayang kepada sahabat...
Penat rasanya...
Ya Allah..apa yang aku harus buat?
Mengapa perasaan ini dan keadaan ini yang KAU tulis untuk aku?
Adakah ini takdir yang KAU tulis untuk aku atau adakah ini ujian untuk aku..
Mengapa sukar untuk aku pilih..
Antara kehidupan sejati atau kehidupan sementara..
Aku hilang dalam pertimbangan..

Ya ALLAH...bantulah hamba mu ini..
Aku tahu aku bukan lah umat mu yang setia padamu..
Aku hanya hamba mu yang kerdil dan tak sempurna
Hadirkanlah insan yang bisa menerima segalanya tentang aku..
Bukan memandang aku dengan mata kasar..
Menerima sejarah hitam ku..Menerima kelemahan aku..
Tanpa mengeluh atau tanpa pandangan jijik..
Tapi dengan pandangan hati yang memandangan aku dengan keikhlasan
Rasa cinta dan sayang yang jujur..
Memegang tangan ku kearah keredhaan MU Ya ALLAH..

Adakah aku masih ada peluang dan masa untuk memilikinya..
Atau aku tetap dengan takdir MU...

CINTA


“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.”

“Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.”

“Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.”

“Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.”

“Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.”

“Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.”

“Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.”

“Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.”

“Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.”

Tetapi.....

“Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.”

“Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.”

“Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.”

“Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.”

“Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.”

“Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.”

“Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.”

“Namun hakikat CINTA yang sebenar adalah CINTA kepada Pencipta dan RasulNya..
Kebahagiaan Dunia & Akhirat pasti menjadi milikmu dengan rahmat-Nya
Kerana itulah janji-Nya yang benar  yang pasti akan dikotakan..
Bekalkanlah iman dan taqwa sebagai bekal bagi memberati neraca timbanganmu
Untuk mengharap sesuatu yang kita sendiri belum lagi pasti baik atau sebaliknya
Sebagaimana CINTA yang kita dambakan atas makhluk diatas dunia yang fana' ini..
CINTA???”

“Seorang bijak pandai Islam berkata "Jika engkau mahukan kemesraan dengan ALLAH, maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri...tidak mengikut hawa nafsumu...kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan ALLAH, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-Nya.. " 

* kenali hakikat CINTA itu, sememangnya CINTA itu tersangat indah..