“Adakah tapak
tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang
dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta,
itu SUKA.”
“Adakah kamu
tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta,
itu NAFSU.”
“Adakah kamu
menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta,
itu KESEPIAN.”
“Adakah kamu
mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua
orang?
Itu bukan Cinta,
itu KESETIAAN.”
“Adakah kamu
tetap mengatakan kamu
menyintainya
kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta,
itu BELAS KASIHAN.”
“Adakah kamu
menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat
hatimu melompat?
Itu bukan Cinta,
itu TERGILA-GILA.”
“Adakah kamu
memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil
berat tentangnya?
Itu bukan Cinta,
itu PERSAHABATAN.”
“Adakah kamu
mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia
yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta,
itu DUSTA.”
“Adakah kamu
rela memberikan semua perkara
yang kamu
senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta,
itu KEMURAHAN HATI.”
Tetapi.....
“Adakah kamu
tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan
dan kegembiraan yang
membutakan dan
tak terfahami … menarikmu
mendekati dan
tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.”
“Apakah kamu
menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya
dan siapa dirinya?
Jika demikian,
ITULAH CINTA.”
“Adakah kamu
tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa
penyesalan?
Jika demikian,
ITULAH CINTA.”
“Adakah kamu
menangis kerana kesakitannya
walaupun saat
itu dia kuat?
ITULAH CINTA.”
“Adakah hatimu
sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.”
“Adakah hatimu
gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.”
“Adakah matanya
melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu
mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian
itulah namanya CINTA.”
“Namun hakikat
CINTA yang sebenar adalah CINTA kepada Pencipta dan RasulNya..
Kebahagiaan
Dunia & Akhirat pasti menjadi milikmu dengan rahmat-Nya
Kerana itulah
janji-Nya yang benar yang pasti akan
dikotakan..
Bekalkanlah iman
dan taqwa sebagai bekal bagi memberati neraca timbanganmu
Untuk mengharap
sesuatu yang kita sendiri belum lagi pasti baik atau sebaliknya
Sebagaimana
CINTA yang kita dambakan atas makhluk diatas dunia yang fana' ini..
CINTA???”
“Seorang bijak
pandai Islam berkata "Jika engkau mahukan kemesraan dengan ALLAH, maka
engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri...tidak mengikut hawa
nafsumu...kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan ALLAH, tahulah
engkau bagaimana pahitnya berpisah dengan-Nya.. "
* kenali hakikat CINTA itu, sememangnya CINTA itu
tersangat indah..
No comments:
Post a Comment