Tuesday, December 31, 2013

Graduation Day's #part 3

Assalamuailakum dan Selamat pagi....

Okay sambung pasal entri aku yang sebelum tentang hari paling bahagia dan bersejarah dalam hidup aku iaitu hari "Convocation Day's", kalau sebelum nie aku just cerita pra-convo, sekarang aku nak share hari sebenar convo aku. Convo aku jatuh pada 26 October 2013, sidang petang pukul 2. Alhamdulillah, segala penat lelah, suka duka bergelar sebagai seorang pekajar terbayar pada hari convocation aku. Ingat lagi pada penatnya menyiapkan assignment sebelum dateline dan berjaga malam study untuk final exam. Semua tue terbalas bila aku dapat pointer yang aku idamkan selama nie dan bila dapat melihat mak aku tersenyum bangga dengan kejayaan aku. Aku nie bukan anak yang pandai dalam keluarga, aku perlu usaha yang lebih untuk berjaya. SPM aku dulu pun cukup makan jew, memang susah lah nak masuk mana-mana universiti tapi berkat doa mak aku dan pertolongan kawan-kawan yang setia bersama aku..akhirnya aku dapat berada dimana aku berada sekarang. 

Nie aku share gambar sepanjang aku convo...hehehehe...


Dengan my beloved mum. Mak adalah semangat dan segalanya untuk aku. Tanpa doa dan restu dari mak, angah mungkin tak akan berjaya. Terima kasih mak. I love u so Much...
Gurls power...hahahaha..nie la classmate, housemate and kawan gaduh time study dulu..Terima kasih kawan sebab bersabar dengan kawan mu ini..
My classmate...sempat lagi posing sebelum masuk dewan..hahahaha..
The guys in my class...hehehe
Yeahhh...dah dapat scroll...dah officially graduate..
Nie la "BFF" aku yang paling setia...my classmate and roomate dari kolej sampai lah bila masuk Unisel. Terima kasih kawan sebab bersama aku waktu susah dan senang. Sentiasa mengajar aku subjek yang aku tak paham...hehehe...
Bunga dan minion from my family...hehehehe...
Family photo...nie jew yang sempat tangkap dengan family aku..
Tapi dalam seronok tue ada juga sedihnya..betapa aku berharap arwah abah aku ada waktu itu, melihat aku berjaya mendapat segulung ijazah. Aku ingat lagi arwah abah pernah pesan dekat mak yang walau macam mana sekali pun result spm aku..arwah abah tetap suruh mak hantar aku sambung belajar. Aku bila dapat result spm memang down giler dan memang tak nak smabung belajar lagi sebab aku takut kalau aku gagal lagi. Tapi demi amanah dan memenuhi impian aku sambung jugak belajar. Sekarang nie bila teringat balik kalau lah aku tak saambung belajar dekat mana lah aku sekarang nie. Kerja apa la aku sekarang nie kan...hurmmmm..apa pun aku bersyukur sebab Allah s.w.t telah buka kan pintu hati aku untuk sambung belajar dan aku dan pun berjaya... AMIN... 

Sekarang nie aku tengah berusaha mencari kerja yang sesuai untuk aku dan aku berdoa akan ada rezeki aku nanti...Insyaallah...


xoxo
erna

No comments:

Post a Comment